Search This Blog

Saturday, August 27, 2011

Bahasa Arab Yang Di-Melayukan - Kita Mungkin Terlibat Mengamalkannya !

26 Ramadhan 1432 H



Banyak perkataan-perkataan arab yang telah kita adaptasikannya dalam kegunaan seharian kita. Pernah kawan berbangsa Arab memberi komen bahawa orang Melayu sudah tentu lebih cepat belajar bahasa arab memandangkan banyak perkataan arab sudah biasa bermain dilidah kita.

Tetapi kalau kita biasa belajar daripada guru yang memberikan penekanan terhadap sebutan-sebutan perkataan arab ketika beribadah, kita tentu pernah ditegur agar menyebut semua perkataan arab dengan lidah arab. Maknanya kena sebut betul-betul sebagaimana ejaannya. Kerana setiap huruf perkataan arab begitu juga perbezaan baris atas atau bawah dan juga panjang pendek sebutan boleh merubah makna perkataan tersebut.

Berikut beberapa perkataan yang telah terbiasa bagi orang melayu menyebutnya dengan telo Melayu. Samada kita sedar atau tidak kita sendiri tanpa disedari sering menyebutnya secara spontan...kalau bukan dalam solat mungkin tak apa juga tapi kalau di dalam solat ia boleh membuatkan ibadah kita menjadi sia-sia.

  1. Bismillahirrahmanirrahim - kita biasa dengar orang baca 'semillahirrahmanirrahim'. Dengar sedap macam tak ada apa-apa masalah tapi kita telah menghilangkan huruf 'ba' di depan dengaan menggantikannya kepada huruf 'sin'. Ini cukup biasa terjadi walaupun kadangkala imam pandai baca Quranpun sering sebut begitu.
  2. Allahu Akbar - ada juga orang sebut, 'Allahu Akbaaaar'. Mungkin sukar nak pasang niat ketika takbiratul ihram membuatkan dia memanjangkan harakat 'bar' menjadi ;baaaar' yang merubah sama sekali maksud sebenar perkataan.
  3. Muhammad - Menjadi Muhammaaaaaad, entah kenapa ramai yang memanjangkan sebutan 'mad' menjadi 'maaaaad'. Mungkin kerana nak buat lagu tapi tak reti mana pendek mana panjang. Biasa kita dengar masa selawat selepas solat terawih.
  4. Assalamu'alaikom - Ini selalu sangat orang melayu sebut dengan penuh manja menjadi 'so'ekommmm' entah apa maknanya kena tanya orang yang menyebutnya.
  5. Alham Dulillah - Dalam bacaan fatihah ramai yang menyebutnya sebagai 'Alaaham Dulillah' mungkin dia tak perasan kerana nak bagi sedap sebut jadi begitu.
  6. An 'Am Ta'alaihim - Juga dalam bacaan fatihah ramai yang menyebutnya sebagai 'An na 'Am ta'alaihim'
  7. La hau lawala quu wa ta illa billahi - Ada yang dengan serius menyebutnya sebagai 'La hau lawala' sahaja tanpa menghabiskannya. Ada juga yang lebih lucu pernah saya dengan dengan menyebutnya sebagai 'la qola qola'.
Banyak lagi kalau nak disenaraikan tapi yang di atas adalah lumrah yang sering kita dengar. Wallahu'alam. Moga ada manafaatnya

Kisah Sebenar Ketika Pemeriksaan JAIS Berserta Bukti

 

Jumaat 26 Ramadhan 1432H

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, panas isu JAIS serbu Gereja masih diperkatakan di sana-sini. Sesama Islam pun tidak sepakat dalam isu sebesar ini. Ada pemimpin Islam yang menyamakan kehadiran 12 umat Islam dalam program Thank Giving di Gereja dengan lawatan rasmi DS Najib Razak ke Vatican. Entahlah aku yang jahil atau pemimpin Islam ini yang keliru.
Isu ini memang isu sensetif silap cakap boleh hilang entah kemana. Aku tak mahu ulas panjang lebar sekadar nak berkongsi beberapa bukti.
jais1 Kisah Sebenar Ketika Pemeriksaan JAIS Berserta Bukti
jais2 Kisah Sebenar Ketika Pemeriksaan JAIS Berserta Bukti
jais3 Kisah Sebenar Ketika Pemeriksaan JAIS Berserta Bukti
Kalau nak tahu Kisah sebenar ketika pemeriksaan JAIS beserta bukti sila terjah @ Islam Itu Indah.
Kalau rakan-rakan sokong ketegasan Datuk Dr Hasan Mohd Ali @ Datuk Aku dibelakang Anda.
JANGAN BIARKAN ISU MEMURTADKAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA MENJADI BARAH TANPA PENYELESAIAN.

Terry Holdbrooks, Memeluk Islam Di Kem Guantanamo

 

Jumaat 26 Ramadhan 1432h



Terry Holdbrooks

Seorang tentera AS, Terry Holdbrooks baru enam bulan menjalankan tugas di kem penjara Guantanamo, Cuba. Seperti warden penjara yang lain, tugasnya adalah menjaga dan mengawasi para tahanan, bersama-sama menyoal siasat tawanan, menyelia dan mengawal tahanan supaya tidak berhubungan antara satu sama lain. Tetapi pada malam itu, awal tahun 2004, Holdbrooks yang sedang bertugas pada shift malam, merasakan malam berlalu dengan begitu perlahan dan membosankan. Tetapi tiada siapa yang menduga bahawa malam itu menjadi malam bersejarah untuk dirinya.

Untuk menghilangkan rasa bosan selepas meronda dan memeriksa seluruh sel, Holdbrooks berbual-bual dengan seorang tahanan berbangsa Maghribi yang dikenali dengan gelaran "Jeneral". Meskipun baru enam bulan bertugas di kem Guantanamo, Holdbrooks telah menjalinkan hubungan persahabatan yang erat dengan "Jeneral" yang nama asalnya ialah Ahmed Errachidi.

Perbincangannya dengan Errachidi pada malam itu membuat Holdbrooks merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan kem penjara Guantanamo. Selepas itu Holdbrooks kerap memesan buku-buku tentang Arab dan Islam untuk dibacanya.

Pada malam yang lain, Holdbrook kembali berbincang dengan "Jeneral". Kali ini mengenai kalimat syahadat dalam Islam, sebagai langkah membawa dirinya menjadi seorang seorang Muslim. Malam itu, Holdbrooks memberikan pen dan sekeping kad melalui celah jeriji penjara dan meminta "Jeneral" untuk menulis kalimat syahadat dalam bahasa Arab dan maksudnya dalam Bahasa Inggeris. Holdbrooks kemudiannya membaca kalimat syahadat di hadapan Jeneral. Pada masa itulah, di lorong penjara kem Delta di Guantanamo, Holdbrooks menjadi seorang Muslim.

Pada tahun 2005, Holdbrooks meninggalkan bidang ketenteraan. Dalam temubualnya bersama dengan Newsweek, beliau dan beberapa bekas warden penjara kem Guantanamo mengakui akan kekerasan dan penyiksaan yang berlaku terhadap para tahanan di kem tersebut. Namun di sebalik itu, dia juga mendedahkan adanya hubungan yang baik antara beberapa orang warden dengan para tahanan. Mereka sering berbincang tentang politik, agama dan juga muzik. Perkara itu diakui oleh Errachidi yang mendiami kem Guantanamo selama lima tahun dan telah dibebaskan pada tahun 2007.


Kekejaman di Kem Guantanamo


"Para tahanan biasanya berbual dengan warden-warden yang menunjukkan sikap hormat terhadap para tahanan. Kami berbincang dan berbual tentang apa saja," kata Errachidi dalam email yang dikirimnya dari Maghribi ke majalah newsweek untuk menguatkan keterangan Holdbrooks.

Terry Holdbrooks berasal dari keluarga yang bermasalah. Beliau membesar di Phoenix bersama-sama dengan kedua orang tuanya yang ketagihan dadah. Holdbrooks adalah seorang yang ketagihkan minuman keras sebelum menyertai ketenteraan AS pada tahun 2002. Menurut TJ (panggilang mesra Holdbrooks), dia memutuskan untuk memasuki bidang ketenteraan kerana tidak mahu hidupnya seperti orang tuanya.

Holdbrooks merupakan seorang anak muda yang sering membuat keputusan mengikut kata hati dan sedang mencari kedamaian dalam jiwanya. Seumur hidupnya, dia jarang berfikir tentang agama. Tanpa disangka, di kem Guatanamo, beliau berkawan dengan seorang tahanan yang sangat taat terhadap ajaran agamanya. "Ramai orang Amerika yang tidak peduli lagi dengan Tuhan. Tetapi di tempat seperti ini, (kem Guatanamo) para tahanan sangat taat menunaikan solat," kata TJ.



Tahanan menunaikan solat

Ketika Holdbrooks menyatakan keinginannya untuk memeluk agama Islam, "Jeneral" Errachidi mengingatkannya bahawa menjadi seorang muslim adalah sebuah keputusan yang sangat serius, apatahlagi Holdbrooks bertugas di kem Guantanamo. "Errachidi ingin memastikan bahawa saya betul-betul faham apa yang saya katakan," kata Holdbrooks. Namun dia tetap memutuskan menjadi seorang Muslim. Keislamannya hanya diketahui oleh dua orang rakan sebilik Holdbrooks.

Tentera yang bertugas di sana mula mencium adanya perubahan pada Holdbrooks kerana mereka mendengar para tahanan memanggil Holdbrook dengan nama "Mustapha" dan melihat Holdbrooks dengan terang-terangan belajar bahasa Arab. Pada suatu malam, ketua warden memanggil Holdbrooks ke suatu tempat, di mana sudah ada lima warden lain yang menunggunya. "Mereka berteriak pada saya dan bertanya adakah saya seorang pengkhianat, adakah saya telah menjadi muslim," tutur Holdbrooks. Dan malam itu, ketua warden dan warden-warden penjara yang berada di situ telah memukulnya.

Disebabkan kejadian itu, Holdbrooks telah dipindahkan ke Ford Leonard Wood. Tetapi beberapa bulan selepas itu, dia menerima surat pemberhentian secara hormat dari ketenteraan, iaitu dua tahun sebelum kontraknya dengan ketenteraan berakhir. Pihak tentera AS tidak memberikan sebarang alasan ataupun penjelasan di atas "pemecatan" nya itu.



TJ kembali ke Phoenix dan kembali kepada rutin lamany (meminum minuman keras). Dia juga menceraikan isterinya. Ketagihan alkohol ini akhirnya membawa Holdbrooks ke hospital. Tanpa diduga, Holdbrooks bertemu kembali dengan Errachidi. Dua sahabat ini saling berkirim email dan menyambung kembali persahabatan yang terputus sekian lama.

Holdbrooks yang kini berusia 27 tahun, telah berjaya menamatkan ketagihan alkohol. Beliau juga telah bekerja sebagai perunding pendaftaran di Universiti Phoenix. Berhampiran universiti ini, terdapat sebuah masjid yang sekaligus menjadi pusat kegiatan Islam, Tempe Islamic Center. Holdbrooks kerap kali datang ke masjid itu untuk menunaikan solat berjemaah.

Ketika imam masjid Tempe Islamic Center, Amr Elsamny memperkenalkan Holdbrooks kepada seluruh jamaah dan menjelaskan bahawa Holdbrooks memeluk Islam sewaktu bertugas di kem Guantanamo, para jamaah berebut-rebut untuk bersalam dengan Holdbrooks.

Holdbrooks kini menjalankan ajaran Islam dengan taat. Bekas luka panjang di dahinya, hampir tidak kelihatan kerana tertutup dengan kopiah yang selalu dipakai.


"Saya selalu berfikir bahawa kem penjara Guantanamo dijaga oleh tentera-tentera yang bengis dan kejam. Saya tidak pernah berfikir bahawa ada tentera seperti TJ" komen Imam Amr Elsamny mengenai peribadi Holdbrooks.

Monday, August 8, 2011

Hadis mengenai puasa dari Sahih Bukhari dan Sahih Muslim.

 




Assalamualaikum

Salam 8th ramadhan kepada semua umat Islam yang menunaikan ibadah puasa. Alhamdulillah, kita semua dipanjangkan umur dan dilimpahkan rahmah untuk terus berpuasa sampai ari ni. blog-walking pagi-pagi terjumpa list hadis-hadis mengenai puasa. alhamdulillah, semenjak dua menjak ni seronok mengkaji pasal hadis sahih n hadis dhaif ni. almaklum, ilmu pun kurang. Terimakasih pada blog Islam is My Way atas perkongsian ilmu ni.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah Saw. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.

Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Sesungguhnya di dalam Syurga itu terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Tidak boleh masuk bersama mereka seorangpun selain mereka. Kelak akan ada pengumuman: Di manakah orang yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun masuk melalui pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir dari mereka telah masuk, pintu tadi ditutup kembali. Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya


Diriwayatkan daripada Abu Said al-Khudri r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Setiap hamba yang berpuasa di jalan Allah, Allah akan menjauhkannya dari api Neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Apabila seseorang daripada kamu sedang berpuasa pada suatu hari, janganlah bercakap tentang perkara yang keji dan kotor. Apabila dia dicaci maki atau diajak berkelahi oleh seseorang, hendaklah dia berkata: Sesungguhnya hari ini aku berpuasa, sesungguhnya hari ini aku berpuasa.




Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan bohong dan perbuatan tidak baik, Allah tidak inginkan tindakannya menahan diri dari makan dan minum (yakni Allah tidak menerima puasanya)



Kelebihan bersahur

Diriwayatkan daripada Anas r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Hendaklah kamu bersahur kerana di dalam bersahur itu ada keberkatannya.


Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya: Rasulullah Saw. telah bersabda: Seseorang itu sentiasa berada di dalam kebaikan selagi mereka selalu menyegerakan berbuka puasa.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Saya telah mendengar sabda Rasulullah Saw. mengenai Ramadan: Sesiapa yang mendirikan sholat (Tarawih) dalam bulan itu dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.




Kelebihan Lailatulqadar dan usaha untuk mencarinya


Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Carilah Lailatulqadar pada sepuluh hari yang terakir di bulan Ramadan.



Ganjaran untuk amalan yang dilakukan pada malam 

Lailatulqadar
 

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Sesiapa yang mendirikan solat pada malam Lailatulqadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, maka akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu.


Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah Saw. biasanya beriktikaf pada sepuluh hari yang terakhir dalam bulan Ramadan.
Menambahkan amal ibadah pada sepuluh hari terakhir Ramadan.


Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya: Rasulullah Saw. bermujahadah pada sepuluh hari yang terakhir bulan Ramadan tidak seperti bulan-bulan lain.



Makan dan minum kerana terlupa tidak membatalkan

puasa

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah Saw. bersabda: Sesiapa yang terlupa sedangkan dia berpuasa, lalu dia makan atau minum, hendaklah dia terus menyempurnakan puasanya kerana dia telah diberi makan dan minum oleh Allah.


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah Saw. telah bersabda: Janganlah kamu berpuasa sehari atau dua hari sebelum tiba bulan Ramadan melainkan orang yang biasa berpuasa dengan puasa yang tertentu maka bolehlah dia berpuasa.