Search This Blog

Friday, September 2, 2011

wartawan Bernama dan TV3 ditembak di Mogadishu!!

Mogadishu Somalia - Sukarelawan Kelab Putera 1 Malaysia akan berangkat pulang ke Malaysia pada hari ini jam 8.30 pg waktu Mogadishu yang mana bersamaan dengan 1.30 pm waktu Malaysia dengan menaiki pesawat TUDM Charie 130 H
Para sukarelawan yang diketuai Dato Azeez Rahim dan dianggotai 54 orang terdiri dari Doctor, Media, dan Seketariat Putera turut akan membawa pulang jenazah Normafaizul Mohd Nor wartawan Bernama yang ditembak mati petang semalam. Kami dijangkakan sampai ke Malaysia dan mendarat di Lapangan Terbang Tentera Udara Subang (TUDM) pada hari Ahad jam 9 pagi atau selewatnya jam 12 pm.
Untuk makluman semua keadaan seorang lagi mangsa yang terkena serpihan peluru Aji Serega wartawan TV3 telah stabil namun masih dalam keadaan Trauma berikutan insiden semalam. Beliau mengalami kecederaan ditangan kanan. Malam tadi juga satu perjumpaan berlangsung yang mana pemimpin kanan Kerajaan Somalia memohan Maaf diatas insiden yang berlaku dan memberi komitmen akan keselamatan sepanjang perjalanan kami para sukarelawan menuju ke Lapangan Terbang Mogadishu hari ini. Pihak kerajaan Somalia juga berjanji akan menyiasat pekara ini dengan lebih lanjut dan terperinci. Untuk makluman semua apa yang berlaku merupakan satu takdir yang menimpa seluruh pasukan Sukarelawan yang ada di Somalia ini. Kami telah menjayakan misi bantuan makanan sepanjang berada di sini dan semalam merupakan misi terakhir kami dalam menghulurkan bantuan makanan buat rakyat Somalia yang kebuluran disiniSiasatan lanjut dalam kejadian tembakan keatas wartawan Bernama dinyatakan oleh pihak Polis Somalia masih dalam siasatan namun apa sahaja keputusan nya Gomo dan beberapa yang lain yakin dan amat pasti bahawa tembakan keatas wartawan Malaysia datangnya dari AU African Union yang mana dianggotai Tentera dari negara Brundi.Malah ketua Polis Somalia turut menyatakan dalam sidang media semalam bahawa bukan Somalia mahupun Pemberontak Al Shabab yang melepaskan tembakan sebaliknya adalah African Union.

Laporan dari saksi kejadian turut mengesahkan bahawa waktu kenderaan yang dinaiki arwah membelok ke kiri masuk perkarangan Hotel, disebelah kanan adalah kenderaan Tentera AU. Tembakan turut dinyatakan oleh saksi dilepaskan dari kenderaan AU menggunakan senjata jenis PKM gpmp yang memang merupakan senjata yang digunakan oleh Tentera AU.
Dua das tembakan dilepaskan oleh Tentera Afrika Union yang mana satu disebelah cermin kanan dan satu lagi dicermin belakang. Satu das yang mana disebelah kanan cermin mengenai bahu mangsa dan mangsa meninggal akibat kecederaan teruk dibahagian dada.

Dalam hal ini satu pekara yang menjadi ketakutan kami semua yang mana adalah sudah pasti Afrika Union akan tidak mengaku berhubung insiden tembakan ini dan akan menyalahkan Pemberontak Al Shabab sebagai punca tembakan.
Kerajaan Somalia juga dilihat bergantung harap kepada African Union yang berada dibawah UN dan sudah pasti dalam isu ini kerajaan Somalia akan memutarbelitkan fakta dan bersetuju bahawa tembakan dilepaskan oleh Al Shabab. Ini adalah rumusan kami memandangkan dalam krisis ini ianya melibatkan seluruh dunia dan bukan hanya Malaysia dan Somalia sahaja.
Ini juga pastinya akan dipolitikkan oleh Amerika dalam meletakkan kesalahan kepada Al Shabab dan akan terus memastikan Somalia terus bergolak dan berperang sama sekali.
sumber
Apa sekalipun kami para sukarelawan pada pagi ini masih belum tidor dan masing masing berjaga takut jika ada serangan yang datang secara tiba tiba. Hotel kami juga waktu ini dikawal kira kira 30 Tentera Somalia bagi mengetatkan kawalan keselamatan sehingga kami selamat sampai di lapangan terbang Mogadishu.
Gomo juga harap usah ada pihak yang menyalahkan pihak sukarelawan yang ada dalam misi ini kerana sebelum kami berangkat ke Somalia sudah acap kali kami diberitahu mengenai tahap keselamatan ketika berada di Somalia ini.


Apa sekalipun Takziah buat keluarga mangsa Arwah Normafaizul Mohd Nor. Kami semua disini merasakan kehilangan seorang Pejuang Yang cukup hebat sepanjang misi bantuan kemanusian ini. Arwah cukup peramah dan seorang yang berani dan merupakan Ketua Media kepada kami disini. Kehilangan beliau cukup besar ertinya pada kami.


Jangan Lupa kepada Rakyat Malaysia yang berkesempatan untuk menyambut Wira Kita Arwah Normafaizul Mohd Nor yang akan sampai di Lapangan Terbang Tentera Udara Subang (TUDM) pada hari Ahad jam sekitar 9 pagi atau 12 pm.


Al Fatihah..................